MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) MAAHAD TAHFIZ MAIK 2019
Pada 12 & 13 Disember 2019, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz MAIK, dengan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz MAIK telah mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN kali ke-9 sesi 2018/2019. Mesyuarat ini adalah acara tahunan yang diadakan untuk memilih AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) yang baru bagi sesi 2019/2020.
Selain daripada sesi penerangan dan laporan aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan, mesyuarat ini juga dibuat bagi membubarkan MPP sesi 2018/2019 sekaligus untuk memilih dan mengumumkan pelantikan MPP sesi 2019/2020.
Beberapa pengisian telah disusun dan dilaksana seperti qiamullail dan tazkirah selepas solat subuh yang diadakan pada suasana tepi pantai yang disampaikan oleh wakil pelajar.
Perasmian penutup telah disampaikan AF. Tuan Hj. Mohd Najmuddin Bin Ismail, Pegawai Hal-Ehwal Pelajar (HEP) mewakili AF. Tuan Pengetua.
Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah