MAJLIS IBADAT QURBAN JAMA’IE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI TAHUN 1439H/2018M
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bagi Tahun 1439H/2018M yang telah diadakan pada 11 Zulhijjah 1439H/23 Ogos 2018 (Khamis) bersamaan Hari Raya Aidil Adha Yang Kedua bertempat di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi.