KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-
ALAMAT PERMOHONAN:
Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
(u.p: Bahagian Agama )
TARIKH TUTUP SEBELUM : 15 DISEMBER 2019
---------------------------------------------------------------------------------
SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM
1. Imam Tua/ Imam Muda
- i. Syarat kelayakan;
- - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
- - Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun tarikh iklan
- - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
- - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
- - Warganegara Malaysia.
- - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
- - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
- - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
- - Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
- * Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
- - Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
- - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
- ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
- iii Elaun Bulanan :
- - RM1,700.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
- - RM1,400.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Biasa)
- - RM1,000.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil)
- - RM1,200.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
- - RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Biasa)
- - RM800.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil)
2. Bilal
- i. Syarat kelayakan;
- - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
- - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
- - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
- - Warganegara Malaysia
- - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
- - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
- - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
- - Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
- ii Taraf Jawatan : Berelaun
- iii Elaun Bulanan :
- RM750.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
- RM650.00(Masjid Mukim Biasa)