faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN BAGI AMIL ZAKAT MAIK TAHUN 2024

Alhamdulillah pada 4 dan 5 September 2024 yang lalu, berlangsung Bengkel Pengiraan Zakat Perniagaan Bagi Amil Zakat MAIK Tahun 2024 selama dua hari di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi penguasaan ilmu taksiran zakat dan percukaian terutamanya bagi pengiraan yang melibatkan Syarikat Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad.

Bengkel ini telah dipimpin oleh dua orang tokoh perakaunan zakat di Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (M.A.T.A.) dan Yang Berusaha Haji Khairulazhar Bin Samsudin dari Pusat Pengutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pihak MAIK merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar hasil bengkel dua hari ini akan dapat melahirkan para amil yang dapat mentaksir zakat perniagaan dengan lebih cekap dan kompeten.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil yang disempurnakan oleh AF. Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat, MAIK.

#MAIK2024

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini489
Kelmarin3360
Minggu Ini19510
Bulan Ini13613
Jumlah Pengunjung30030413