faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

e-AGIHAN MAIK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DI PERINGKAT KEBANGSAAN

MAIK telah melakar sejarah bagi tahun 2024 setelah e-Agihan menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) bersempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2024.

Pendigitalan Permohonan Bantuan Zakat MAIK (e-Agihan) bukan sahaja memudahkan urusan permohonan, semakan dan kelulusan bantuan dengan menyediakan platform akses atas talian, malah mempercepatkan lagi tempoh permohonan dan kelulusan bantuan.

Selain itu, ia juga menggalakkan sifar atau pengurangan penggunaan kertas dan menyediakan perkhidmatan cepat, mudah dan telus.

Kumpulan sasaran pengguna sistem ini adalah asnaf, sanak saudara, jiran tetangga, agensi yang terlibat dan masyarakat atau komuniti yang prihatin dalam membantu menjadi pemudah cara.

Pelaksanaan sistem ini merupakan inovasi kepada penggunaan teknologi maklumat sebagai medium interaksi asnaf dan MAIK. Transformasi penggunaan manual kepada permohonan atas talian ini menepati permintaan asnaf dan pihak pengurusan yang mahukan satu kaedah yang lebih cepat, mudah dan telus.

Melalui saringan/tapisan kadar had kifayah dan syarat-syarat permohonan, beberapa proses manual telah berjaya dipendekkan bagi membolehkan sistem ini memfokuskan kepada mereka yang benar-benar layak untuk disantuni.

Pelaporan siasatan juga dilaksanakan secara atas talian membolehkan penyiasat MAIK menjalankan kerja dengan lebih efisyen.

Cakna kepada kesukaran pemohon yang terpaksa hadir ke pejabat bagi membuat permohonan, MAIK pada tahun 2021 memperkenalkan sistem ๐’†-๐‘จ๐’ˆ๐’Š๐’‰๐’‚๐’ bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemohon bantuan.

Pendigitalan Permohonan Bantuan Zakat MAIK (e-Agihan) yang dibangunkan secara in house oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Zakat Kebangsaan 2024 Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan). Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Datoโ€™ Setia Dr. Haji Mohd Naโ€™im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani Bin Ramli, Setiausaha MAIK yang berlangsung di Cindai Ballroom, Cyberview Resort & Spa The Lodge, Cyberjaya.

MAIK menerima plak, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM3,000.

Anugerah Zakat Kebangsaan merupakan pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa dalam memajukan amalan zakat di Malaysia.

Anugerah yang diadakan pada tahun ini mempertandingkan sebanyak enam (6) kategori iaitu Kategori Ikon Asnaf (Usahawan), Kategori Syarikat Sendiri Berhad, Kategori Syarikat Awam Berhad, Kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan, Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) dan Kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan).

Tahniah dan syabas seluruh warga MAIK atas pencapaian terbaik ini.

#MAIK2024

#myJAWHAR

#bulanzakatkebangsaan

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini230
Kelmarin3461
Minggu Ini3691
Bulan Ini75726
Jumlah Pengunjung31531048