faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

GUGURNYA AIR MATA...

Membantu insan-insan memerlukan, bukanlah perkara yang kami lakukan secara bermusim. Setiap masa kami bantu dan santuni. Hari kami singgah ke rumah sewa Pakcik Khirdzir bin Ibrahim bersama isterinya, Norhayati binti Mat Zain di Lundang.

Sesi ziarah kami hari ini, diselubungi dengan suasana hiba. Kedatangan kami disambut dengan gugurnya air mata syukur Pakcik Khirdzir. Bapa enam anak ini tidak dapat menahan sedih ketika menceritakan tentang penyakit dihidapinya. Dia menghidap kanser otak, kanser paru-paru, masalah hati dan jangkitan pada tulang paha kanannya. Dia tidak mampu bekerja dan kini bergantung kepada upah si isteri berkerja sebagai tukang cuci di sebuah agensi kerajaan di Panji.

Dia juga perlu membuat rawatan susulan dengan doktor pakar dan perlu menampung rawatan MRI setiap enam bulan. Satu sesi rawatan perlu membayar lebih RM600. Ini tidak termasuk lagi kos ubat Afatinib setiap bulan. Pakcik Khirdzir bercerita diselangi dengan tangisan kerana dia sedar akan keadaannya yang sudah tidak boleh bekerja seperti biasa dan banyak perkara perlu ditanggung sebagai ketua keluarga termasuklah kos perubatan yang tinggi. Dalam keadaan sayu itu, tiba-tiba Pakcik Khirdzir menyuarakan masalah lain yang dihadapinya kepada Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK). Mereka mempunyai tunggakan bil elektrik berjumlah lebih RM2,000. Allahuakbar.

Yang Amat Berbahagia Dato’ meminta supaya Unit Agihan Zakat MAIK selesaikan dengan segera supaya tidak lagi membebankan Pakcik Khirdzir sekeluarga. Bantuan kami disambut dengan air mata kesyukuran. Allahuakbar lihatlah pembayar zakat kami, betapa bermakna harta yang diinfakkan kepada MAIK. Betapa zakat anda dapat menggembirakan dan memberi ketenangan kepada insan-insan yang memerlukan. Turut bersama kami menyantuni insan memerlukan hari ini adalah, Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin (Pegawai Pengurusan Projek) dan Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat MAIK). Selain itu, bagi mengurangkan bebanan Pakcik Khirdzir untuk kos rawatan, MAIK juga menyumbangkan bantuan segera berbentuk wang tunai RM2,000 kepada Pakcik Khirdzir.

Kami juga sampaikan bakul makanan dan semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga Pakcik Khirdzir. Terima kasih pembayar zakat, kami doakan dibulan Ramadan penuh keberkatan ini semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala berterusan dan juga dikurniakan harta berkat yang melimpah ruah untuk membantu lebih ramai mereka yang memerlukan. Amin Ya Rabbal Alamin. Sempena Ramadan, Ayuh Sucikan Harta Dengan Berzakat

#MAIK2025

#ZAKATMAIK

#TerimaKasihPembayarZakatMAIK

#Sentiasainginberbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2785
Kelmarin4327
Minggu Ini14916
Bulan Ini98589
Jumlah Pengunjung39094727