faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KUNJUNGAN MAHABBAH KUMPULAN MERAIH BARKAH BRUNEI (KMBB) DAN PERSATUAN PERSAUDARAAN MUSLIMAH MALAYSIA (SALIMAH) BERSAMA PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM MAIK

Unit Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima kunjungan mahabbah daripada Kumpulan Meraih Barkah Brunei (KMBB) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) pada 4 Julai 2024 bersamaan 27 Zulhijjah 1445.

Majlis tersebut melibatkan semua penghuni putera, puteri Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK dan kakitangan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP) serta kakitangan Darul Aitam MAIK.

Majlis julung kali itu telah diadakan di Dewan Tengku Kaya Pahlawan KIJPSIP dan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pertubuhan bukan kerajaan Malaysia bersama Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK.

Kunjungan diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Aminah binti Zakaria, Penasihat SALIMAH Malaysia, Yang Berbahagia Hajah Hachinah binti Ahmad, Pengerusi SALIMAH Kelantan, Yang Berbahagia Hajah Florinda bin Haji Mejenis, Ketua Rombongan KMBB dan semua Pengerusi SALIMAH Negeri.

Pada pertemuan tersebut satu taklimat telah diadakan yang diketuai Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim@ Yasi, Penyelia Darul Aitam MAIK.

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini928
Kelmarin2407
Minggu Ini19819
Bulan Ini928
Jumlah Pengunjung29305545