faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BERBANGGA ATAS KEJAYAAN SPM ADIK SYAFIENAZ

Kejayaan dicapai Nur Syafienaz binti Nazri berusia 18 tahun yang meraih 8A dalam keputusan SPM tahun 2024 yang diumumkan Khamis lalu turut membanggakan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hal ini kerana adik Nur Syafienaz, juga masyarakat Orang Asli daripada kaum Temiar, adalah pelajar yang mengikuti bimbingan Kelas Fardu Ain Mingguan anjuran MAIK dan kelas ini diadakan pada setiap Jumaat.

Nur Syafienaz juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya adalah di antara lapan pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang di Negeri Kelantan apabila lulus semua mata pelajaran.

Sebagai penghargaan, pada hari ini adik Nur Syafienaz menerima kurniaan wang tunai daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua MAIK.

Cenderahati berkenaan disampaikan sempena Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri MAIK Tahun 2025 yang diadakan di pekarangan MAIK.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Kami mendoakan agar perjalanan adik Nur Syafienaz dalam menuntut ilmu serta impiannya untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dipermudahkan Allah SWT.

Semoga kejayaan ditonjolkan ini menjadi perangsang kepada anak-anak Orang Asli lain untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada pendidikan kerana pihak MAIK sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

#MAIK2025

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4162
Kelmarin4294
Minggu Ini12822
Bulan Ini60860
Jumlah Pengunjung42055614