faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HANTAR BANTUAN SEGERA BANTU MANGSA BANJIR DI PPS SK SERI KETEREH

Hujan lebat luar jangka melanda Kelantan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir gelombang pertama yang luar biasa dan banyak kawasan ditenggelami air.

Pada hari ini, 28 November 2024, pihak MAIK telah tampil menyampaikan bantuan segera kepada 600 penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.

Sumbangan keperluan asas seperti toto, selimut dan makanan ringan disampaikan Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK kepada Yang Berusaha Nik Muhamad Azmi bin Mohd Noor, Penolong Ketua Jajahan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu bagi kegunaan harian kepada mangsa banjir tersebut

Hadir sama, Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan Zakat MAIK, Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK dan Yang Berusaha Encik Lazim bin Mohamad, Penggawa Daerah Ketereh.

#MAIK2024

#prayforkelantan2024

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1452
Kelmarin3999
Minggu Ini19986
Bulan Ini92021
Jumlah Pengunjung31547343