faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK LANCAR MYMAIK APPS

Pada 29 Februari 2024, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melancarkan Aplikasi MyMAIK Apps yang merupakan aplikasi One Stop Centre yang dibangunkan bagi tujuan akses ke sistem e-Perkhidmatan MAIK secara mobile.

Produk tersebut dilancarkan Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK pada Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan MAIK Tahun 2023 hari ini di Hotel Perdana, Kota Bharu.

➢ Kandungan sistem-sistem MyMAIK Apps adalah mengikut kategori perkhidmatan utama MAIK iaitu Zakat, Wakaf, Baitulmal serta kategori e-Perkhidmatan yang menyenaraikan sistem-sistem perkhidmatan MAIK yang mendapat hit tertinggi termasuk sistem-sistem yang berjaya dinobatkan sebagai Johan pertandingan dan anugerah Inovasi ICT di peringkat negeri Kelantan.

➢ Sistem-sistem ini juga berintegrasi dengan sistem pengurusan utama MAIK iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (SPMB) yang juga telah mendapat pengiktirafan pematuhan SAGA daripada Jabatan Akauntan Negara. MAIK merupakan agensi pertama di negeri Kelantan yang meraih kejayaan tersebut.

➢ Terdapat 12 sistem yang boleh diakses melalui aplikasi ini iaitu:

  1. Aplikasi Kalkulator Zakat : Pengiraan Bayaran Zakat.
  2. Sistem eZakat Payment : Sistem Bayaran Zakat.
  3. Sistem e-PTG : Sistem Potongan Gaji Zakat.
  4. Sistem e-Waqaf Tunai : Sistem Bayaran Waqaf Tunai.
  5. Sistem e-Mandate Waqaf : Sistem Potongan Bulanan Waqaf.
  6. Aplikasi Taksiran Fidyah : Kalkulator Taksiran Fidyah.
  7. Sistem e-Fidyah : Sistem Bayaran Fidyah.
  8. Sistem Dana Awam Baitulmal : Sistem Bayaran Dana Awam Baitulmal.
  9. Aplikasi MyMAIK Dashboard : Dashboard Kutipan dan Agihan Perbelanjaan MAIK secara real-time.
  10. Sistem e-Pembayar : Sistem One Stop Centre bagi pembayar zakat, pewakaf dan penderma dana awam bagi tujuan semakan penyata bayaran, paparan dashboard bayaran individu dan membuat permohonan waad zakat secara atas talian.
  11. Sistem e-Agihan : Sistem permohonan Bantuan Zakat MAIK.
  12. Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) : Sistem Semakan Bantuan Asnaf bagi menjejak status permohonan yang telah dibuat.

Selaras dengan peranan MAIK sebagai institusi agama, tanggungjawab dan amanah MAIK perlu diperluaskan dengan penyediaan akses yang cekap, mudah dan telus.

Konsep pembangunan secara One Stop Centre juga akan memudahkan pelanggan memuat turun satu aplikasi sahaja bagi keperluan urusan e-Perkhidmatan MAIK.

Kandungan aplikasi dan sistem akan sentiasa dikemasi kini dari semasa ke semasa melalui platfrom ini.

#MAIK2024


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1145
Kelmarin3481
Minggu Ini16447
Bulan Ini45166
Jumlah Pengunjung27511609