NAK TUNDUK PUN SAKIT
“Kalau boleh nak rumah”. Itu antara yang diluahkan bapa kepada tiga anak kepada Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK ketika disantuni pihak kami petang tadi di rumahnya di Kampung Padang, Pasir Pekan.
Hasrat itu dinyatakan abang Azmi bin Omar, 54, kerana sudah lama menyewa, apatah lagi dia menghadapi masalah saraf tulang belakang dan tidak dapat melakukan kerja berat. Nak tunduk lama pun sakit.
Abang Azmi yang mengambil upah ‘mencolek’ isi kelapa perlu jalani fisioterapi, rawatan pakar tulang dan perlu tampung kos pembelian ubat tahan sakit serta ulang-alik ke hospital.
InsyaAllah menerusi wang zakat yang diinfakkan kepada kami, pihak MAIK akan membantu merealisasikan impian abang Azmi bersama isteri dan 3 anaknya memiliki rumah mereka sendiri.
Pada hari ini kami turut sampaikan sumbangan makanan dan juga wang tunai. Abang Azmi juga adalah penerima bantuan zakat MAIK sebelum ini.
Sesi ziarah hari ini turut disertai Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Baharuddin bin Abdullah, Imam Tua Masjid Jamek Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan.