faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENAZIRAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT DI LOKASI TAMBAHAN DARUL

Panel Penaziran Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Penaziran Akademik bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat bagi sesi pengajian November - Mac 2024 di Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ).

Penaziran siri pertama bagi tahun ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sukhairu Bin Sulaiman, Ketua Unit Penyelidikan Darul Quran JAKIM dan Al-Fadhil Ustaz Azroin Bin Hassan, Pen. Pegawai Cawangan Kualiti pada 7 Mac 2024 yang diadakan di bilik Mesyuarat MTQ MAIK, jam 10.00 pagi.

Pelaksanaan penaziran ini bertujuan untuk memantau dan memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP) yang dijalankan di Lokasi Tambahan Darul Quran ( LTDQ )  mematuhi proforma yang disediakan oleh pihak Darul Quran JAKIM. Ia merangkumi bilangan minggu pengajian, isi kandungan kursus, kitab-kitab rujukan, penggunaan borang-borang yang telah ditetapkan, ujian, tugasan dan penyediaan markah penilaian berterusan.

Objektif penting lain penaziran adalah bagi memastikan kelayakan pelajar menduduki peperiksaan akhir bagi setiap kursus seperti pencapaian sukatan Hifz al-Quran Syafawi dan Tahriri, pematuhan minimum jumlah kehadiran ke kelas pengajian dan tugasan-tugasan bagi setiap kursus.

Di akhir sesi penaziran, panel menyatakan secara umumnya pihak LTDQ telah mematuhi proses PdP sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Darul Quran JAKIM.Disarankan juga supaya pihak LTDQ menyelesaikan pelaksanaan penilaian berterusan yang masih berlangsung sebelum berakhir sesi pengajian ini.  Hasil penaziran adalah dilaporkan secara lisan dan akan disusuli dengan laporan rasmi secara bertulis.

#MAIK2024

#MTQMAIK

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2273
Kelmarin3401
Minggu Ini16729
Bulan Ini7859
Jumlah Pengunjung24123310