faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM MAIK TAHUN 1446H/2024M

 

Muharram, bulan yang sangat bermakna buat kita yang mana digalakkan untuk kita memperbanyakan amal ibadat di samping berpuasa sunat dan mengimarahkannya dengan aktiviti membawa keberkatan.

Sebagai penghayatan, Unit Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP) dan Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan program Memasak Bubur Asyura Penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK pada 13 Julai 2024 lalu di ruang parkir KIJPSIP

Program ini telah melibatkan kesemua 92 orang penghuni putera dan puteri Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK serta semua kakitangan Unit KIJPSIP bersama Darul Aitam MAIK.

Acara ini telah dihadiri Yang Berbahagia Datin Hajah Nik Khatijah @ Zubaidah Binti Nik Man dan Yang Setia Mejar Nor Bin Hussain (B) yang merupakan Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK.

Program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Darul Aitam MAIK adalah untuk mengeratkan silatur rahim dan memupuk semangat musyawarrah serta kerjasama antara penghuni dengan kakitangan KIJPSIP dan Darul Aitam selain memperingati hari bersejarah dalam Islam.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini933
Kelmarin2407
Minggu Ini19824
Bulan Ini933
Jumlah Pengunjung29305550