faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TIGA TAHUN GUNA ‘SPEK’ PATAH?

Dah tiga tahun pakai ‘spek’ patah. Ada juga yang mengadu dah setahun ‘power’ mata saya 1,000 tapi tak pakai cermin mata. Pun ada yang cakap dah setahun mata tak berapa nampak. Susah nak belajar. Nak sangat pakai cermin mata tapi tak ada duit.

Itulah antara luahan pelajar asnaf yang pihak MAIK terima. Dan itu jugalah yang dimaklumkan pakar mata kanak-kanak dari Hospital Universiti Sains Malaysia kepada MAIK sepanjang mereka menjalankan projek pemeriksaan mata melibatkan pelajar-pelajar di sekitar negeri Kelantan.

Apa perasaan kita bila mendengar luahan sebegini? Mungkin bagi golongan ‘berada’ ia perkara biasa, tapi bagi keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula macam mana? Mungkin ada yang beranggapan tak lojik, tak kanlah boleh biarkan sampai bertahun-tahun. Hakikatnya bila tak berduit, segalanya amat mustahil.

Bertitik tolak daripada pengalaman sebegitulah pihak USM bergandingan dengan MAIK. MAIK salurkan wang zakat sebanyak RM 196 ribu pada tahun ini untuk membantu anak-anak asnaf yang menghadapi masalah penglihatan.

Semalam, kami bertemu dengan murid-murid yang menghadapi masalah rabun ketika sesi pemeriksaan penglihatan yang dijalankan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di Tunjong dan selayaknya mereka dibantu.

Seorang murid, Muhammad Iffat bin Mohd Izzat Safwan,11, dari Sekolah Kebangsaan Padang Kala memberitahu kami, sudah hampir setahun penglihatan agak kabur. Katanya dia masih belum berpeluang untuk membeli cermin mata kerana kurang berkemampuan.

Seorang lagi pelajar, Nur Wafiya Izzara binti Mat Hussin dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat juga sudah setahun menghadapi masalah sama, katanya dia juga terpaksa bertahan sejak setahun lalu kerana ibunya masih tidak mampu membeli cermin mata buatnya.

Bagaimanapun, kedua-duanya bersama guru pengiring tersenyum gembira apabila pihak MAIK pada hari ini telah memberitahu yang kami akan membiayai kos membeli cermin mata buat mereka. Melihat mereka tersenyum, kami pun turut gembira. Gembira kerana dapat membantu.

Mereka adalah antara 35 murid yang mendapat pembiayaan cermin mata daripada pembayar zakat MAIK ketika sesi pemeriksaan penglihatan semalam yang turut dihadiri Yang Berusaha Encik Amir Auni bin Mohd Roslan, Penolong Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Jika tidak dibantu dari awal bagaimana mereka hendak belajar dengan baik untuk bela nasib keluarga. Perkara itu diakui Yang Berbahagia Profesor Dr. Hajah Shatriah binti Ismail Ketua, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual juga Pakar Mata Kanak-Kanak Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM dan Yang Berusaha Dr. Hajah Waheeda Azwa binti Hussein, Pensyarah Optometri Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM semasa ditemui di Tunjong.

Bagi beliau, sumbangan zakat yang diberikan pihak MAIK sangat membantu supaya kehidupan mereka lebih berkualiti dan sempurna. Takkan nak biarkan mereka bergantung dengan kanta pembesar seumur hidup.

Lihatlah duhai pembayar zakat MAIK sekalian, betapa amat bermaknanya harta yang diinfakkan kepada MAIK. MAIK dapat membantu anak-anak asnaf ini melihat dengan baik. Dapat membantu mereka mengeja dan menulis dengan jelas. Dapat bantu mereka belajar dengan selesa. Dapat bantu mereka mengaji Al-Quran.

Subahanallah… Betapa berganda dan pahala berpanjangan yang kalian terima selagi mana manfaat daripada penglihatan anak-anak ini, diterjemahkan dengan ilmu yang berguna.

Apa lagi yang kita mahukan dalam hidup? Bukankah keberkatan di dunia yang membawa kepada keredaan ALLAH SWT di akhirat kelak yang kita mahukan?

Jadi apa lagi, jom sama-sama kita berzakat bersama MAIK untuk membantu lebih ramai murid yang hadapi masalah penglihatan ataupun penyakit mata.

#MAIK2024

#terimakasihpembayarzakat

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1092
Kelmarin3999
Minggu Ini19626
Bulan Ini91661
Jumlah Pengunjung31546983