BENGKEL BRAINSTORMING PENYELARASAN DAKWAH ORANG ASLI ANTARA AGENSI KERAJAAN, INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 1441H/2019M
Pada 26 dan 27 Muharram 1441H bersamaan 26 dan 27 September 2019 bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands telah diadakan satu bengkel iaitu Bengkel Brainstorming Penyelarasan Dakwah Orang Asli Antara Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Bengkel yang berlangsung selama 2 hari itu diadakan bertujuan bagi membincangkan dengan menyeluruh tentang dakwah kepada Masyarakat Orang Asli serta membuat penyelarasan tugas di kalangan para aktivis Masyarakat Orang Asli seluruh negeri Kelantan.