faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAIK - TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 21 JUN 2023

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
BIL. KEKOSONGAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 KONTRAK MUAT TURUN

 

GAJI PERMULAAN 

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/43mB7DL
  2. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  3. Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
  4. RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Maklumat Diri
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-Kurikulum
    • Pengalaman Kerja 
    • Rujukan
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 21 JUN 2023

PERKARA AM

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini933
Kelmarin3726
Minggu Ini4659
Bulan Ini77721
Jumlah Pengunjung30900893