faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI BULAN APRIL 2017 - TARIKH TUTUP 12 APRIL 2017

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI BULAN APRIL 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. seperti berikut :

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (APRIL 2017)
BIL
JAWATAN
MUKIM MASJID
DAERAH
JAJAHAN
TARIKH TUTUP
1 Imam Tua  Hutan Pasir Ketereh Kota Bharu 12 April 2017
2 Imam Tua  Tegayong Peringat Kota Bharu 12 April 2017
3 Imam Tua Batu Melintang Batu Melintang Jeli 12 April 2017
4 Imam Tua Pek Panyit Machang 12 April 2017
5 Imam Tua Jenerih Tujuh Chetok Pasir Mas 12 April 2017
6 Imam Tua Kubang Gendang Chetok Pasir Mas 12 April 2017
7 Imam Muda Chica Tinggi Lemal Pasir Mas 12 April 2017
8 Imam Muda Kuala Betis Bertam Gua Musang 12 April 2017
9 Imam Muda Banggol Setol Bukit Abal Pasir Puteh 12 April 2017
10 Imam Muda Jenal Dabong Kuala Krai 12 April 2017
11 Imam Muda Penambang Badang Kota Bharu 12 April 2017
12 Imam Muda Hutan Pasir Ketereh Kota Bharu 12 April 2017
13 Imam Muda Banggol Judah Ulu Sat Machang 12 April 2017
14 Imam Muda Banggol Kemian Pasir Mas Pasir Mas 12 April 2017
15 Bilal Bechah Durian Bunut Susu Pasir Mas 12 April 2017
16 Bilal Kajang Sebidang Jal Besar Tumpat 12 April 2017
17 Bilal Kampung Lembah Semerak Pasir Puteh 12 April 2017

*** Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Agama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu.

 

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 12 April 2017

---------------------------------------------------------------------------------

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

1. Imam Tua/ Imam Muda

    i. Syarat kelayakan;
      - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
      - Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun tarikh iklan
      - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
      - Warganegara Malaysia.
      - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
      - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
      - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
      * Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
        - Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
        - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
    ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    iii Elaun Bulanan :
      - RM1,700.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,400.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Biasa)
      - RM1,200.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,000.00 (Imam Muda –Masjid Mukim Biasa)

 

2. Bilal

    i. Syarat kelayakan;
      - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
      - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
      - Warganegara Malaysia
      - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
      - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
      - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
      - Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
    ii Taraf Jawatan : Berelaun
    iii Elaun Bulanan :
      RM750.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
      RM650.00(Masjid Mukim Biasa)

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1144
Kelmarin3726
Minggu Ini4870
Bulan Ini77932
Jumlah Pengunjung30901104