faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAIK BAGI BULAN MEI 2019 - TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 3 JUN 2019

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI BULAN MEI 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. seperti berikut :

KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
BIL
JAWATAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1 Pegawai Psikologi  S41 Kontrak Syarat
2 Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Qiraat)  S41 Kontrak Syarat
3 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Kontrak Syarat
4 Penolong Pegawai Tanah NT29 Kontrak Syarat

  

CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn. 1/93 dengan cara memuat turun dari laman sesawang MAIK DI SINI, atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2018 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

*********

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 3 Jun 2019

 

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini920
Kelmarin3726
Minggu Ini4646
Bulan Ini77708
Jumlah Pengunjung30900880