faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PENULISAN ILMIAH ASAH BAKAT PEGAWAI MAIK BERKARYA

Dapat memberi manfaat, nilai tambah ataupun perkembangan ilmu kepada negara dan masyarakat antara perkara terpenting sebagai panduan dalam menghasilkan penulisan ilmiah.

Itu antara yang ditekankan Yang Berbahagia Professor Dr. Mohd Aderi bin Che Noh, Professor Di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyertai Bengkel Penulisan Ilmiah pada hari ini, 24 Mac 2023 di Akademi Latihan Al-Muhammadi (ALAMi) MAIK dekat Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.

Seramai 44 Pegawai MAIK telah menyertai program yang dianjurkan oleh ALAMi MAIK.

Berbekalkan pengalaman dan juga kaedah komunikasi dua hala yang sangat efektif sepanjang pengendalian bengkel, ia dilihat mampu menarik minat para peserta yang mengikutinya.

Ilmu dikongsikan ini juga boleh memberi nilai tambah kepada Pegawai-Pegawai MAIK yang sudah berpengalaman dalam menghasilkan karya mengikut kepakaran masing-masing.

Selain itu, penganjuran bengkel ini turut membuka minda para peserta untuk berjinak-jinak ataupun mencabar diri, terjun dalam dunia penulisan ilmiah yang sememangnya amat menarik.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak lokek untuk kongsikan ‘buah kilas’ bagi menjadikan sesuah karya ilmiah itu menarik untuk dibaca oleh mereka yang beranggapan ia ‘memberatkan kepala’.

Pada bengkel hari ini juga, beliau memberikan idea berhubung dengan kaedah pemilihan tajuk bersesuaian ataupun relevan dengan perkembangan semasa yang mana itu adalah antara kesilapan dilakukan oleh penulis supaya artikel dihasilkan tidak terkubur separuh jalan.

InsyaALLAH dengan bimbingan yang diberikan ini dapat merangsang minat para peserta untuk menghasilkan karya ilmiah secara lebih serius nanti.

Ini sekali gus, dapat menyahut seruan pihak penganjur yang menggalakkan para peserta menghasilkan karya sendiri dan naskah ini akan dinilai oleh penceramah sebelum diterbitkan oleh pihak ALAMi.

#MAIK2024

#ALAMiMAIK

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1590
Kelmarin3163
Minggu Ini15949
Bulan Ini89011
Jumlah Pengunjung30912183