faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KERJASAMA MAIK-UMK SEMARAKKAN KESEDARAN BERINFAQ MELALUI ZAKAT DAN WAKAF

Jutaan terima kasih kepada warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menjadi sebahagian penyumbang untuk dana wakaf dan juga pembayar zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada hari ini, sempena kunjungan hormat kepada MAIK, pihak UMK telah menyerahkan cek cura dengan nilaian sebanyak RM95,000.00 untuk Dana Wakaf Pendidikan MAIK-UMK yang diadakan di Pejabat MAIK dekat Lundang.

Selain itu, pihak UMK juga menyerahkan cek cura untuk Zakat Staf UMK Bagi Tahun 2024 berjumlah RM818,105.48.

Cek cura diserahkan oleh Yang Berbahagia, Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah selaku yang menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK kepada Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Pihak UMK turut mendapat manfaat wakaf menerusi Wakaf Pendidikan MAIK-UMK yang mana ia adalah projek wakaf tunai untuk kemaslahatan penuntut UMK.

Pada perjumpaan hari ini, pihak UMK dan MAIK turut membincangkan kaedah terbaik bagi membantu penuntut UMK yang kurang berkemampuan menerusi manfaat zakat dan juga wakaf.

Terima kasih kepada semua pembayar zakat dan pewakaf MAIK dan lihatlah betapa harta yang diinfakkan kalian telah kami manfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam aspek pembangunan pendidikan.

Ganjaran pahala yang berpanjangan dan sentiasa mengalir buat para pewakaf serta pembayar zakat MAIK sekalian, selagi mana ilmu yang diperoleh ini memanfaatkan penghuni dunia ciptaan Allah SWT ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2025

#ZakatMAIK

#wakafMAIK

#Sentiasainginberbakti

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini878
Kelmarin4617
Minggu Ini24161
Bulan Ini5495
Jumlah Pengunjung42000249