faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LEBIH 500 ORANG SERTAI PERARAKAN KENDERAAN BERHIAS SAMBIL BERSELAWAT

Buat julung kalinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menganjurkan perarakan kenderaan berhias sambil berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1446H/2024M hari ini.

Perarakan itu disertai lima kenderaan melibatkan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu; Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian; Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar; Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot; dan Masjid Jamek Sultan Mansor, Kampung Sireh, Kota Bharu.

Perjalanan mereka sambil berselawat yang bermula dari Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu telah melalui sekitar bandar Kota Bharu dan singgah di Dataran Rehal, Kota Bharu.

Konvoi kenderaan berhias disambut oleh 500 orang pejalan kaki yang kemudiannya meneruskan perjalanan sambil berselawat ke Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu.

Pejalan kaki adalah wakil dari 3 buah masjid mukim yang mendapat penarafan lima bintang iaitu Masjid Mukim Pangkal Meleret; Masjid Ismail Petra Banggol; Masjid Al Abrar Kg Pauh Sembilan dan turut disertai wakil dari Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK serta orang awam.

Pihak MAIK ingin mengucapkan jutaan terima kasih jua kepada Jabatan Penerangan Negeri Kelantan bersama Polis Diraja Malaysia yang membantu melancarkan perjalanan sejauh 6.6 kilometer petang tadi.

#MAIK2024

#MaulidurRasul1446H

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2966
Kelmarin3726
Minggu Ini6692
Bulan Ini79754
Jumlah Pengunjung30902926