
MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK 2025, APRESIASI KECEMERLANGAN DAN JASAMU DIKENANG 2024
Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2025, Apresiasi Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang 2024.
Majlis yang penuh bermakna itu diadakan bagi memberikan penghargaan dan mengenang jasa individu yang memberikan komitmen terbaik dalam kerjaya mereka sebagai warga MAIK.
Seramai 30 warga MAIK dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 11 penerima Anugerah Perkhidmatan Taat dan 12 Pesara termasuk waris kepada kakitangan yang telah meninggal dunia.
Pengurniaan penghargaan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK di Dewan Sri Makmur 1, H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
Pada majlis sama turut diadakan penyerahan penghargaan kepada Masjid Jamek Ibrahimi Pasir Puteh, Kelantan, sebagai masjid yang memperoleh kutipan zakat tertinggi sepanjang tahun 2024.
Sementara, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang Rantau Panjang diumumkan sebagai masjid yang mencapai peratus kenaikan kutipan tertinggi.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga kejayaan ini memberikan suntikan semangat kepada warga MAIK yang lain untuk terus berkhidmat dengan baik.