faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERMOHONAN KURSUS JAHITAN SULAMAN DAN AUTOMATIF BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MAIK TAHUN 2025

KURSUS YANG DITAWARKAN :

  1. Kursus Jahitan dan Sulaman- (Wanita sahaja)
  2. Kursus Automotif-Membaiki Motosikal (Lelaki sahaja)
  3. Tempoh kursus selama 10 bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  2. Bujang
  3. Berkebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.
  4. Jika ada sijil, sila kemukakan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Penilaian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Beragama Islam.
  6. Asnaf yang layak menerima zakat.

KELEBIHAN KURSUS YANG DITAWARKAN:

  1. Asrama disediakan.
  2. Elaun Bulanan RM300.
  3. Pelatih yang telah tamat kursus boleh memohon Bantuan Pembangunan Asnaf sebagai modal awalan untuk memulakan perniagaan mengikut bidang yang telah dipelajari di Bengkel Kemahiran Hidup MAIK.

MODUL PEMBELAJARAN BENGKEL

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengimbas QR Code yang disediakan di dalam portal rasmi dan media sosial Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula 5 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2024.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSedka3gD3yRo8mDgwhalqDMqQkvRRiG2jMapIx2rH6r_uC8yQ/viewform?usp=pp_url

atau; QR Code boleh didapati di :-

Masjid-Masjid Bandar/Jajahan:

  1. Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu
  2. Masjid Jamek Assalam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu
  3. Masjid Jamek Sultan Mansor Kampong Sireh, Kota Bharu
  4. Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu
  5. Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  6. Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar Kota Bharu
  7. Masjid Jamek Ismaili Bandar Tumpat
  8. Masjid Jamek Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
  9. Masjid Jamek Mahmoodi Bandar Bachok
  10. Masjid Jamek Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh
  11. Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli
  12. Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang
  13. Masjid Jamek Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai
  14. Masjid Jamek Bandar Annur Guchil, Kuala Krai
  15. Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bandar Gua Musang
  16. Masjid Jamek Sultan Muhammad III, Pasir Mas
  17. Masjid Jamek Ismail Petra, Tanah Merah
  18. Masjid Jamek Long Tan, Lojing Jajahan Gua Musang
  19. Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang ,Pasir Mas
  20. Masjid Jamek Razaleigh, Jajahan Gua Musang
  21. Masjid Tengku Aziza Mukim Taman Pengiran Anak Tengku Afeefah Mushafa'Ah Bolkiah Putri

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Permohonan boleh dibuat bermula pada 5 DISEMBER 2024 SEHINGGA 31 DISEMBER 2024. Permohonan selepas pada tarikh tutup TIDAK akan di ambil kira.

**Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 09-7481512 dan sambungan 277 & 278


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini485
Kelmarin3501
Minggu Ini15020
Bulan Ini87055
Jumlah Pengunjung31542377