faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI KUALITI DIRI DAN KESEIMBANGAN EMOSI PENSYARAH DAN KAKITANGAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN, MAIK

Seksyen Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama Unit Kaunseling Maahad Tahfiz Al-Quran ( MTQ ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) telah menganjurkan Program Peningkatan Kompetensi Kualiti Diri dan Keseimbangan Emosi Pensyarah dan Kakitangan MTQ MAIK di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu pada 22 hingga 24 Ogos 2024.

Program tiga dalam satu ini memfokuskan kepada tiga aspek iaitu peningkatan kompetensi mentor bagi aktiviti mentor mentee di MTQ MAIK, peningkatan kompetensi dan keseimbangan emosi para pensyarah dan kakitangan.

Ia ditekankan melalui pengisian khas oleh konsultan dari Akademi PEKA, iaitu Encik Safuan bin Abdullah (Pengarah Urusan Akademi PEKA) serta slot muhasabah, mahabbah dan penilaian kendiri kesemua warga MTQ yang diketuai oleh Al-Fadhil Mudir MTQ MAIK, Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria. 

Objektif utama program ini adalah untuk membantu para pensyarah dan kakitangan meningkatkan kualiti diri dan keseimbangan emosi dalam melaksanakan peranan sebagai pendidik serta kakitangan.

Selain itu, ia juga dilaksanakan bagi meningkatkan keseimbangan emosi, tahap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi para mentor serta kakitangan dalam mendepani setiap isu atau permasalahan yang berkaitan dengan pelajar. 

Program ini dimulai dengan sesi post-mortem pelaksanaan mentor mentee sesi lepas dan taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan mentor mentee sesi akan datang oleh Yang Berusaha Pegawai Psikologi MTQ MAIK,  Nur Farahanim binti Abdullah selaku penyelaras program ini.

Slot kedua bersama konsultan menbincangkan berkaitan perkembangan psikologi manusia dan kepentingan untuk memahaminya terutama sebagai individu serta pihak yang berdepan dengan pelajar masa kini.

Pada program sama, slot praktikal berkaitan coaching atau bagaimana untuk menjadi pembimbing kepada pelajar juga turut diadakan termasuklah perkongsian berkaitan pencerahan berhubung dengan Perkembangan Pendidikan Tahfiz al-Quran.

Slot yang terakhir dikendalian Mudir MTQ MAIK sendiri berdasarkan keputusan borang google form yang telah diisi oleh kesemua kakitangan berkaitan isu, harapan, rating kepuasan dan lain-lain dalam rangka meningkatkan produktiviti MTQ MAIK ke tahap yang lebih tinggi.  

Diharapkan kesemua kakitangan yang terlibat dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dalam memastikan kompetensi diri serta kemajuan MTQ MAIK dapat bergerak seiring dan sehaluan.

#MAIK2024

#MTQMAIK

 

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini815
Kelmarin3741
Minggu Ini8282
Bulan Ini81344
Jumlah Pengunjung30904516