SEKITAR WACANA INTELEKTUAL SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN 2024
Majlis julung kali dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini telah dihadiri oleh lebih 500 peserta yang melibatkan ketua-ketua jabatan dan agensi termasuk orang awam.
Ia diadakan di Hotel Renal, Kota Bharu.
Majlis dimulakan sebelah pagi dengan ucaptama wacana daripada YB. Sahibus Samahah Datoโ Kaya Perba, Datoโ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja.
๐พ๐๐๐ก๐๐ ๐พ๐๐๐๐ 1 :
โ๐๐๐๐๐๐โ, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ข๐ก๐ขโ๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐ด๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐๐"
Pembentang :
YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz
(Ahli Jawatankuasa Undang-undang MAIK / Pensyarah Kuliah Undang-undang UIAM)
ย
๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ด ๐๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข 2 :
โ๐๐ฆ๐ฅ๐ข๐ถ๐ญ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ถ : ๐๐ข๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ข๐บ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ฌ๐บ๐ข๐ตโ
Pembentang :
YBhg. Datoโ A. Aziz Deraman
(Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat MAIK/Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia (Kelantan)
Seterusnya, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan perasmian wacana.
Baginda juga turut berkenan untuk melancarkan terbitan baharu MAIK iaitu buku berjudul Ketatanegaraan Negeri Kelantan Sejarah Pemerintahan dan Pentadbiran Sehingga 2020.
ย