faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SESUAP MAKANAN BUAT RAKYAT GAZA MAIK KIRIM BANTUAN BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA KE GAZA

Bersahur dan berbuka puasa dalam suasana terlampau ala kadar dan suram menyelubungi penduduk di Semenanjung G4Z4 akibat serangan yang semakin dahsyat ke atas mereka.

Meskipun berpuasa dalam suasana kebuluran yang memuncak sudah biasa buat mereka, namun bagi kami, rakyat di bumi G4Z4 perlu dibantu dalam apa jua cara meskipun, sekecil manapun bantuan supaya Ramadan kali ini dapat dinikmati seadanya.

Justeru, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk disalurkan kepada insan-insan yang memerlukan di sana menerusi Misi Khas Ramadan G4Z4 2024.

Bantuan daripada MAIK ini telah diuruskan oleh Pengarah iReach, Encik Johan Ariff bin Ismail dengan kerjasama NGO di sana supaya bantuan ini dapat diterima terus oleh penduduk di sana.

Dengan kerjasama iReach, pihak MAIK telah menyumbangkan makanan siap dimasak, wang tunai dan juga barangan makanan lain yang memudahkan penduduk khususnya di Rafah, Tengah Gaza dan Jabalia.

Keperluan ini dibawa masuk ke Semenanjung Gaza menggunakan jalan darat dan kotak makanan telah siap sedia untuk diterima ini bakal diterima oleh 2,080 penduduk yang sedang bergelut dengan kebuluran di sana.

Selain itu, menerusi bantuan oleh pihak MAIK kali ini juga, kami turut menyediakan bekalan gandum yang mana, bekalan ini akan mampu bertahan sehingga dua bulan untuk setiap keluarga.

Pihak MAIK juga dimaklumkan berikutan keadaan di sana yang masih dihujani dengan bedilan, bagaimanapun pihak iReach dengan jaminan Kedutaan Palestin di Kaherah akan memastikan kesemua bekalan ini akan sampai pada hari ini atau esok (Isnin).

Sama-sama kita doakan supaya kenderaan yang membawa makanan kepada saudara kita selamat tiba.

Doakan juga makanan ini diterima di tangan anak-anak kecil dan ibu bapa mereka yang diharapkan mampu mengalas perut dalam suasana kehancuran di sana.

Sementara itu, pihak MAIK juga turut berkolaborasi dengan Pertubuhan Viva Palestina Malaysia yang mana mereka telah menyediakan makanan bersih untuk penduduk di Rafah berbuka puasa.

Makanan ini telah dimasak oleh pertubuhan dan diagihkan kepada kira-kira 400 keluarga (1,200 hingga 1,800 orang) terutamanya untuk kanak-kanak.

Wakil pertubuhan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIK yang menyumbang dan sedikit sebanyak dapat melegakan rasa lapar dan dahaga penduduk di bumi bergolak ini.

Duhai sahabat sekalian, lihatlah betapa peritnya penduduk di sana sedang bergelut dengan kelaparan dan bedilan namun masih kuat untuk beribadat di bulan Ramadan.

Jadi sama-sama kita gunakan sebaik mungkin sisa-sisa usia yang diberikan oleh ALLAH SWT untuk melakukan kebaikan dan bersyukur.

Pada bulan Ramadan ini juga jangan sesekali kita membazir dalam berbelanja. Ingatlah insan yang kelaparan di G4z4. Bersederhanalah kita untuk dekatkan diri kita kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya sumbangan yang disampaikan oleh MAIK kepada saudara seIslam di Palest1n ini adalah hasil daripada kutipan derma masyarakat di Kelantan menerusi Tabung Palestin yang diwujudkan di seluruh masjid di negeri ini oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Di kesempatan ini MAIK ingin mengucapkan terima kasih kepada semua insan dermawan yang telah menginfakkan harta mereka menerusi kami untuk dimanfaatkan buat saudara seagama kita di Palest1n.

YA ALLAH YA Tuhanku, sempena bulan Ramadan ini, Engkau lipatgandakanlah pahala kepada mereka yang menginfakkan harta kepada kami yang mana kami telah sampaikan kepada mereka memerlukan di G4z4 untuk berpuasa dan berbuka.

#MAIKCaknoSengoti

#MAIK2024

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2495
Kelmarin3163
Minggu Ini16854
Bulan Ini89916
Jumlah Pengunjung30913088