SSPN SAMPAIKAN SUMBANGAN BEG SEKOLAH KEPADA PENGHUNI DARUL AITAM MAIK
Seramai 81 penghuni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima sumbangan beg sekolah daripada pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Negeri Kelantan pada 16 Januari 2024.
Sumbangan berkenaan disampaikan ketika sesi kunjungan ke Darul Aitam dan ia adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat SSPN kepada rumah kebajikan yang melakukan simpanan bersama pihaknya. Kesemua 81 penghuni di sini telah mempunyai simpanan pengajian bersama SSPN.
Pihak MAIK telah diwakili Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus
KIJPSIP, bersama Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK berserta kakitangan Darul Aitam, MAIK.
Pada majlis itu, penyerahan sumbangan beg sekolah telah wakili Yang Berusaha Puan Nur Zuhaili Azmi, Timbalan Penguruss Cawangan SSPN bersama Yang Berusaha Puan Sumilia Erdina Ab. Rahman, Eksekutif Pemasaran SSPN Negeri Kelantan.
Terima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan kepada penghuni di sini.