SUMBANGAN DANA AWAM BAITULMAL OLEH NASKEN COFFEE INTERNATIONAL SDN BHD
Nasken Coffee International Sdn Bhd adalah salah satu penyewa premis Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Lokasi premis yang disewa oleh Naskeen Coffee adalah bertempat di 171, Jalan Kuala Krai, Kampung Wakaf Siku, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Naskeen Coffee merupakan syarikat Bumiputera yang dimiliki oleh anak jati Kelantan yang telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan dimiliki oleh Encik Mohd Nazif Bin Ab Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Hampir 32 buah cawangan Nasken Coffee telah ditubuhkan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Pada bulan Februari 2024, pihak Nasken Coffee telah memberi sumbangan ke tabung Dana Awam Baitulmal berjumlah RM2,500.00. Melalui sumbangan ini telah membuktikan bahawa pihak Nasken Coffee bertanggungjawab dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat.
Sumbangan ini juga dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan umum tanpa mengira agama, bangsa dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.