TAWARAN BIASISWA MELANJUTKAN PENGAJIAN MA'HAD ALI SESI 2026/2027
TAWARAN BIASISWA MELANJUTKAN PENGAJIAN MA'HAD ALI SESI 2026/2027
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon tawaran biasiswa melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Ma'had Ali di Jawa Barat dan Program Kader Ulama Masjid Istiqllal (PKUMI), Jakarta Indonesia bagi ambilan Sesi 2026/2027. Institusi pengajian yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut:
i. |
PROGRAM KADER ULAMA MASJID ISTIQLAL (PKUMI), JAKARTA (bagi calon ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran / PhD sahaja) |
MUAT TURUN PENUH IKLAN |
ii. |
MA'HAD ALI AL-HIKAMUSSALAFIYYAH, JAWA BARAT, INDONESIA (pengkhususan Maqasid Shariah & Usul Fiqah) |
|
iii. |
MA'HAD ALI MUALLIMIN MUALLIMAT, JAWA BARAT, INDONESIA (pengkhususan ilmu falak) |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Beragama Islam
2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
3. Pembelajaran adalah sepenuh masa selama 4 tahun
4. Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik mengikut institusi pengajian yang dipohon
5. Had umur pemohon yang ditetapkan adalah tidak melebihi 30 tahun bagi Sarjana dan 40 tahun bagi Doktor Falsafah.
*** Bagi pemohon institusi Ma'had Ali, had umur yang ditetapkan adalah tidak melebihi 30 tahun