faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERIMA KASIH JUTAWAN ABADI

๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ.๐‘จ.๐‘พ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ซ๐‘จ, ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘บ๐‘ผ๐‘ซ:

โ€œ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ด, ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ผ๐‘ป๐‘ผ๐‘บ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ต๐’€๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ช๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘น๐‘จ, ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ป๐‘ผ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ, ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ด๐‘ผ ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ๐‘ต๐‘ญ๐‘จ๐‘จ๐‘ป๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฏ, ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘ถ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ผ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ต๐’€๐‘จโ€ (๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘น๐‘ฐ๐‘พ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ผ๐‘บ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด).

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua MAIK menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pewakaf, Rakan Waqaf MAIK dan semua pihak yang mengimarahkan ibadah wakaf.

Ucapan tersebut dizahirkan Yang Berhormat Mulia Tengku pada Pelancaran Bulan Wakaf Dan Apresiasi Pewakaf MAIK Tahun 2024 yang berlangsung di Hotel Perdana semalam.

Majlis turut dihadiri Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Yang Berhormat Sahibus Samahah Datoโ€™ Kaya Perba, Datoโ€™ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Yang Amat Arif Datoโ€™ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.

Turut hadir, Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Datoโ€™ Perwira Raja, Datoโ€™ Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan, Penglola Istana Dโ€™Raja Kelantan, Yang Berusaha Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Yang Berhormat Mulia Tengku turut menghargai kepercayaan yang diberikan kepada MAIK dalam menguruskan segala bentuk pewakafan yang telah diamanahkan.

Pihak MAIK berbesar hati kerana sebahagian pewakaf telah mewakafkan harta mereka dalam bentuk hartanah yang bernilai lebih RM3.5 juta turut sama hadir memeriahkan program tersebut.

Sesungguhnya, anda semua adalah jutawan abadi yang bijak melabur dalam saham akhirat, demi mendapat ganjaran pahala yang berterusan oleh ALLAH SWT. Insyaallah.

Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua jutawan akhirat yang ikhlas mewakafkan harta, untuk mendapat keredhaan Yang Maha Esa.

#MAIK2024

#BulanWakafMAIK2024

ย 

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini634
Kelmarin4663
Minggu Ini16295
Bulan Ini10398
Jumlah Pengunjung30027198