SEMINAR KELUARGA MAWADDAH SIRI 1/2020 (HAK-HAK WANITA DALAM PERUNDANGAN ISLAM)
Pada 18 Januari 2020 Unit Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Seminar Keluarga Mawaddah siri 1/2020 dengan tajuk (Hak-Hak Wanita Dalam Perundangan Islam) kepada Saudara Baru bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Saudara Baru tentang hak-hak dalam perundangan keluarga islam khususnya peserta wanita yang belajar di Kelas Fardhu Ain Mingguan Saudara Baru yang dianjurkan oleh Unit Dakwah MAIK. Ini kerana kebanyakan daripada mereka ratat riti mempunyai masalah rumahtangga dan mereka tidak tahu kemana tempat yang harus dirujukj dan dibimbing.
Didalam seminar ini, para peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan tentang masalah yang berkaitan dengan perundangan keluarga Islam. Pelbagai soalan yang diajukan oleh mereka, rata-rata soalan yang ditanya peserta berkaitan dengan hak-hak mereka apabila sudah dicerai, tuntutan harta sepencarian, malah ada yang dihalau keluar dari rumah tanpa ada sebarang pembelaan. Satu persatu soalan dijawab dengan penuh tertib oleh penceramah.
Terserlah kegembiraan di raut wajah peserta apabila persoalan yang bermain di fikiran selama ini telah terjawab.
Seminar ini berlangsung selama 3 jam telah diisi kepada 2 slot. Kehadiran para peserta turut memeriahkan majlis, seramai 77 orang peserta wanita yang hadir dari Jajahan Kota Bharu dan Tumpat. Seminar Keluarga Mawaddah siri 1/2020 (Hak-Hak Wanita Dalam Perundangan Islam) ini berakhir pada jam 12.00 tengahari
Disediakan Oleh : Muhammad Solihin Bin Abdul Razak