faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BACHOK- MAIK MENGAGIHKAN SUMBANGAN SEGERA RM2,000 KEPADA MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN

Seorang warga emas terpaksa berputih mata setelah kediaman miliknya musnah dalam tragedi kebakaran di Kampung Sri Sentosa, Beris Kubur Besar, Bachok. Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.00 pagi telah memusnahkan kediamannya secara total menyebabkan mangsa hilang tempat berteduh dengan sekelip mata.

Che Jah binti Che Omar, 80 merupakan penerima bantuan tetap bulanan MAIK berkata, dia hanya menyedari kebakaran itu setelah terdengar bunyi letupan dari ruang bilik utama sebelum melihat percikan api mula menyala yang didakwa berpunca dari litar pintas. Che Jah bersama anak bongsu dan 4 cucu bergegas keluar menyelamatkan diri dengan sehelai sepinggang.

Segala peralatan rumah, perabot, barangan elektronik termasuk sebuah kereta, sebuah motosikal milik menantu dan 3 buah mesin jahit milik anaknya juga hangus terbakar. Semua dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan diri, lesen memandu, geran tanah, geran kenderaan milik anggota isi rumah tidak dapat diselamatkan.

Tragedi terkenaan telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian dengan anggaran RM170,000. Alhamdulillah, berita bencana kebakaran ini telah mendapat perhatian pihak MAIK. Imam Tua Masjid Mahmoosi, Bachok Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun dengan segara hadir mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mampu meringankan beban para asnaf. Insya-ALLAH. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK.

𝘛𝘌𝘙𝘐𝘔𝘈 𝘒𝘈𝘚𝘐𝘏 𝘗𝘈𝘙𝘈 𝘗𝘌𝘔𝘉𝘈𝘠𝘈𝘙 𝘡𝘈𝘒𝘈𝘛, 𝘈𝘕𝘋𝘈 𝘏𝘌𝘙𝘖 𝘈𝘚𝘕𝘈𝘍

 

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2403
Kelmarin3461
Minggu Ini5864
Bulan Ini77899
Jumlah Pengunjung31533221

A- A A+