faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN SEGERA MAIK KEPADA 8 BERANAK MENGHUNI BANGSAL BURUK DI MACHANG

bangsal1 bangsal2

Kemiskinan hidup memaksa seorang ibu bersama tujuh anaknya mendiami bangsal buruk milik kakaknya sebagai tempat berteduh di Kampung Kuala Ayer Merah, Machang sejak sebulan lalu.

Zuraini binti Pauzi berusia 47 tahun, terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga buat masa ini kerana suaminya tidak bersama mereka. Kini dia bergantung sepenuhnya kepada upah sebagai seorang tukang rumah bagi menyara anak-anaknya berusia di antara 3 hingga 18 tahun.

Berbekalkan pendapatan tidak sampai RM500 sebulan itulah, kak Zuraini berjimat-cermat supaya mereka 8 beranak tidak berlapar. Sebelum ini mereka pernah menyewa rumah dengan bayaran RM100 sebulan tetapi terpaksa keluar kerana tidak mampu membayarnya.

Disebabkan sumber kewangan yang sedikit dia tidak mampu mencari rumah sewa lain. Wang yang ada digunakan untuk makan dan minum mereka. Bangsal buruk itulah menjadi tempat mereka berteduh dari hujan dan panas. Bayangkanlah ketika musim tengkujuh ini. Hujan lebat. Bagaimanalah nasib mereka ini.

Kak Zuraini mengambil keputusan untuk tinggal di bangsal tersebut kerana tidak mahu menyusahkan adik beradik lain. Ahli keluarga kak Zuraini juga sebelum ini mengajak untuk tinggal bersama mereka.

Dugaan dihadapi kak Zuraini sampai kepada pengetahuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan setelah ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Al-Fadhil Ustaz Mohd Hadi Qusyairi bin Ramli, Imam Muda Masjid Sultan Yahya Petra Machang, mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menyantuni mereka dan menyampaikan bantuan segera berupa barangan dapur bernilai RM2,000.

Pihak MAIK telah mengenalpasti permasalahan keluarga ini bagi menyalurkan bantuan yang layak diterima.

Diharapkan dengan sumbangan ini, iaitu hasil harta yang diinfakkan para pembayar zakat kepada MAIK, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kak Zuraini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat MAIK kerana dengan harta inilah telah menggembirakan insan-insan memerlukan di luar sana seperti kak Zuraini dan anak-anak kecliknya.

  • Jom sama-sama berzakat! Jangan lepaskan peluang memiliki hadiah bernilai sehingga RM30,000.00.

Anda Dah Bayar Zakat? Klik di sini:

https://zakat.e-maik.my

Potongan Zakat Bulanan:

https://eptg.e-maik.my

#MAIK2022

#MAIKPrihatin


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini394
Kelmarin3501
Minggu Ini14929
Bulan Ini86964
Jumlah Pengunjung31542286

A- A A+