BENGKEL BRAINSTORMING ROADMAP PEMBANGUNAN SISTEM DAN APLIKASI MAIK 2023-2025
Unit Teknologi Maklumat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) MAIK telah mengadakan Bengkel Brainstorming Roadmap Pembangunan Sistem dan Aplikasi MAIK 2023-2025.
Bengkel berkenaan telah diadakan di H Elite Design Hotel, Tunjong, Kota Bharu pada 19 September hingga 21 September dan bersambung pada 26 September 2022 bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Bengkel tersebut adalah untuk perbincangan terperinci berhubung keutamaan pembangunan Sistem dan Aplikasi MAIK bersama 12 unit yang terlibat.
Iaitu Unit Wakaf, Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Pengurusan Projek, Unit Mal dan Sumber Am, Unit Dakwah, Unit Penerbitan, Unit Kenaziran, Unit Maahad Tahfiz Al-Quran, Masjid D’Raja Long Yunus Langgar, Unit Hal Ehwal Masjid dan Unit Darul Aitam sebelum penetapan roadmap dibuat.
Penetapan roadmap ini merupakan asas kepada perangkaan Pelan Strategik ICT MAIK 2023-2025 (3 Tahun) yang akan dirancang mengikut keutamaan pembangunan.
Menghasilkan satu roadmap pembangunan Sistem/Aplikasi jabatan yang efisyen dan memberi impak kepada pengurusan jabatan.