faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH HAMPIR RM1 JUTA WANG FIDYAH UNTUK FAKIR MISKIN

Kesusahan hidup yang dihadapi rakyat sentiasa mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan memanfaatkan wang fidyah diinfakkan kepada kami.

Bersempena dengan Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Imam-Imam Kelantan Tahun 1444H/2022 berlangsung pada 27 Oktober 2022 juga, pihak MAIK telah mengagihkan hampir RM1 juta wang fidyah untuk mereka yang memerlukan.

Sumbangan wang fidyah berkenaan diserahkan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK kepada 20 Imam Masjid Bandar dan Jajahan di seluruh Kelantan untuk diagihkan buat keluarga memerlukan di 610 mukim.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji yang turut dihadiri Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Alhamdulillah, kesedaran masyarakat untuk membayar fidyah semakin meningkat kerana hakikatnya ini akan memberikan manfaat kepada fakir miskin dalam bentuk bantuan ‘one-off’ yang telah disalurkan oleh MAIK.

Diharap para imam yang menerima agihan fidyah ini dapat mencari fakir miskin yang layak untuk menerima bantuan. Pastinya akan mengembirakan mereka nanti.

Sementara itu, pada majlis sama, turut disampaikan replika cek RM38,500 daripada Dana Awam Baitulmal MAIK untuk disumbangkan kepada pengurusan Masjid Teluk Renjuna, Tumpat bagi pembelian bot.

Sumbangan pembelian bot berkenaan adalah untuk kemudahan penduduk setempat memandangkan kawasan tersebut dihubungkan melalui pengangkutan air sahaja.

Bot berkenaan akan dimanfaatkan oleh pihak pengurusan masjid untuk kegunaan penduduk setempat dan juga berfungsi sebagai pengangkutan jenazah serta melibatkan kes-kes kecemasan.

Jom sama-sama membayar fidyah:

Sistem e-Fidyah

Menyumbang Untuk Dana Awam Baitulmal:

Dana Awam Baitulmal

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1728
Kelmarin3667
Minggu Ini8856
Bulan Ini80891
Jumlah Pengunjung31536213

A- A A+