faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK ZIARAH KELUARGA TIGA BERADIK MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Kisah keluarga yang kehilangan tiga anak perempuan serentak akibat terkena renjatan elektrik baru-baru ini dekat Kampung Bendang Surau, Morak di Tumpat turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong berkenan menziarahi keluarga tersebut di rumah mereka dan turut menyampaian sumbangan kewangan.

Turut bersama ialah, YABrs. Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Dalam kejadian 11.45 pagi pada 19 Disember 2022, tiga beradik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, serta dua adiknya, Sakinah 29, dan Noor Fathiah, 27, maut terkena renjatan selepas menyentuh tiang di kawasan yang digenangi banjir.

Bapa mangsa, Mohd Nadzir Mohamed, 67, ketika ditemui meluahkan mereka telah redha dengan kejadian yang menimpa ketiga-tiga anak perempuannya dan menyifatkan ia sebagai ketentuan ALLAH SWT.

"Walaupun kami sedih dengan pemergian mereka serentak dalam keadaan mengejutkan tetapi kami redha kerana sudah tertulis bahawa ajal maut tidak akan awal sesaat mahupun lambat sesaat pun.

"Bagi kami apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya...Kita tak tahu suratan yang ALLAH SWT telah tertulis untuk kita.

"Setelah tragedi ini tersebar ramai datang, menteri, sanak-saudara yang lama terpisah, kenalan lama dari luar Kelantan pun sampai. Inilah salah satu hikmah terbesar, dapat mengeratkan hubungan kami. Tak putus-putus orang datang ziarah dan bertanya khabar," kata si ayah yang masih terbayang-bayang keadaan anaknya ketika terlibat dalam tragedi itu.

Si ayah juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan kepada keluarganya dan telah memadamkan posting-posting negatif di media sosial berkaitan arwah anak-anaknya.

Yang Berhormat Mulia, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong turut mengharapkan ahli keluarga mereka terus tabah menghadapi ujian seberat ini.

Pertemuan diakhiri dengan bacaan doa memohon perlindungan ALLAH SWT untuk semua ahli keluarga dan juga didoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini902
Kelmarin3726
Minggu Ini4628
Bulan Ini77690
Jumlah Pengunjung30900862

A- A A+