faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MANGSA BANJIR SEKITAR GUAL TOK DEH RANTAU PANJANG TERIMA BANTUAN MAIK

Selepas menziarahi keluarga mangsa bayi 21 bulan yang maut akibat lemas ketika musim banjir, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sekitarnya.

Seramai 7 ketua isi rumah di Kampung Banggol Tok Deh, Rantau Panjang yang terlibat banjir telah menerima sumbangan wang tunai.

Kami mendapati, meskipun banjir di kawasan sekitar sudah surut namun kelihatan ‘daki-daki banjir’ dan juga barangan kelengkapan rumah yang rosak berada di tepi-tepi jalan. Banyak barangan yang tidak dapat diselamatkan.

Semoga bantuan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka yang terkesan dengan bah besar kali ini.

MAIK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menginfakkan harta mereka kepada kami dan wang itulah telah kami agihkan kepada golongan memerlukan. Membantu insan dilanda ujian.

#MAIK2022


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2598
Kelmarin3501
Minggu Ini17133
Bulan Ini89168
Jumlah Pengunjung31544490

A- A A+