PELANCARAN DIRECT DEBIT MELALUI e-MANDATE MUDAHKAN KITA BERWAKAF
Majlis Pelancaran Direct Debit Melalui e-Mandate Untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) anjuran Kumpulan AmBank dan PayNet telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2022 di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Majlis pelancaran secara rasminya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK juga Tengku Temenggong Kelantan.
Majlis turut dihadiri Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha Encik Shamsul Anuar Aebrahim, Ketua Liputan Perbankan Borong Kategori Syarikat Besar 3 Kumpulan Ambank dan Yang Berusaha Puan Yatie Raheda Abdul Rahman, Pengurus Pembangunan Ekosistem Payments Network Malaysia Sdb Bhd (PayNet).
Majlis turut disertai pegawai-pegawai kanan MAIK dan pengurusan kanan Kumpulan AmBank serta PayNet.
Jalinan kerjasama MAIK-AmBank ini dibina sejak 2019, yang mana kita telah menggunakan perkhidmatan JomPAY sebagai tambahan kepada mod bayaran kutipan zakat MAIK. Ia mencatatkan hasil amat memberangsangkan dengan 2,041 transaksi sepanjang tempoh diperkenalkan.
Bagi memperluaskan kerjasama strategik ini pula, Kali ini perkhidmatan cara bayar direct debit melalui e-Mandate bagi wakaf tunai telah dilancarkan secara rasminya semalam.
Modul ini membolehkan pewakaf membuat permohonan melalui gerbang elektronik seterusnya pihak MAIK mendapat mandat membuat pemotongan bagi bayaran wakaf mereka secata direct debit melalui akuan yang disahkan.
Kini dengan adanya direct debit melalui e-mandate perkhidmatan kutipan antara bank akan menjadi lebih mudah, cekap serta menjimatkan kos untuk pembayaran berulang sekali gus membolehkan pembayaran automatik terus kepada akuan bank pewakaf tanpa sebarang cas.
MAIK menaruh keyakinan kaedah e-Mandate ini akan memberi kemudahan kepada pewakaf seterusnya mengembangkan lagi budaya berwakaf sebagaimana dianjurkan oleh agama.