faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN TOKOH HIJRATUL RASUL DAN BERBUKA PUASA SUNAT 10 MUHARRAM 1444H DARUL AITAM MAIK

Pengurusan Darul Aitam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Sunat 10 Muharram 1444H yang diadakan di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji pada Isnin.

Majlis berbuka puasa berkenaan telah melibatkan seramai 91 orang penghuni Darul Aitam MAIK dan turut disertai oleh 92 pelajar Tahfiz Al-Quran MAIK. Program yang julung-julung kali diadakan tersebut bersempena 10 Muharram itu disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Penganjuran majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan Ahli-Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK, Ketua-Ketua Bahagian bersama Pegawai Kanan MAIK serta guru-guru Al-Quran Darul Aitam MAIK.

Sebagai pengisian, bersempena majlis itu juga turut diperdengarkan bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh wakil penghuni Darul Aitam Puteri dan penganugerahan dua tokoh Tokoh Hijratul Rasul 1444H Darul Aitam MAIK yang masing-masing dari seorang penghuni Putera dan Puteri.

Mohamad Haris Daniel Bin Abdul Rahman berusia 17 tahun merupakan anak yatim dan Nur Aishah Binti Ismail, 17, adalah anak yatim piatu telah dinobatkan sebagai Tokoh Hijratul Rasul 1444H Darul Aitam MAIK.

Penilaian pemilihan tokoh adalah dengan mengambil kira aspek kepimpinan, disiplin, kecemerlangan Al-Quran, akhlak, akademik dan ko-kurikulum.

Asrama putera anak yatim Darul Aitam MAIK dan Mahaad Tahfiz MAIK terletak di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu ini dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340 Hijrah bagi 1/10 adalah untuk tujuan kebajikan.

Bersempena dengan Bulan Wakaf Kelantan yang dilancarkan, pihak MAIK menyeru orang ramai terutamanya rakyat negeri Kelantan untuk menyokong dan menyertai usaha dalam meningkatkan aktiviti wakaf ini. Berwakaflah, ganjaran pahala yang berterusan meskipun pewakafnya sudah meninggal dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari waqaftunai.e-maik.my atau hubungi +609 748 1512

β€œπ‘Ίπ’‚π’‰π’‚π’Ž π‘¨π’Œπ’‰π’Šπ’“π’‚π’•, π‘©π’†π’“π’˜π’‚π’Œπ’‚π’‡π’π’‚π’‰ 𝑾𝒂𝒍𝒂𝒖 π‘Ίπ’†π’…π’Šπ’Œπ’Šπ’•β€

flickr

www.flickr.com

Β 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2622
Kelmarin3906
Minggu Ini13656
Bulan Ini85691
Jumlah Pengunjung31541013

A- A A+