faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUMBANGAN SEGERA MAIK – BANTU ANAK KECIL HILANG TEMPAT BERGANTUNG

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tampil menghulurkan bantuan segera kepada tujuh beradik yang kini dijaga oleh datuknya, selepas ibu mereka meninggal dunia akibat penyakit Tibi 30 September lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agihan Zakat, Puan Nur Afiqah binti Hamidi bersama Pembantu Tadbir Kanan Agihan, Encik Mohd Asri bin Che Ali di Kampung Jejuluk, Banggu kepada Pakcik Mat (Daud bin Mat,) 72, selaku penjaga kepada kanak-kanak tersebut.

Bantuan diberikan sebanyak RM1,500 sebagai bantuan sara hidup dan perbelanjaan sekolah anak-anak berkenaan.

Menurut Pak Cik Mat Daud, arwah anaknya yang merupakan ibu kepada 14 orang anak itu sudah lama menderita penyakit Tibi dan pemergiannya itu menyebabkan cucu-cucunya hilang tempat bergantung serta menumpang kasih.

Tujuh daripada mereka tinggal berasingan, enam masih bersekolah dan seorang lagi yang berusia setahun dijaga oleh adik-beradiknya.

Alhamdulillah, diharapkan dengan sumbangan zakat ini sedikit sebanyak mampu meringankan keperitan ditanggung oleh anak-anak kecil ini supaya segala keperluannya dapat disediakan. Insya-ALLAH.

Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan kepada harta bendanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

#MAIKPrihatin

#AndaHeroAsnaf

 

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3667
Kelmarin3461
Minggu Ini7128
Bulan Ini79163
Jumlah Pengunjung31534485

A- A A+