faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WARGA EMAS TIDUR BERTEMANKAN PAYUNG TERIMA BANTUAN MAIK

warga warga

Kisah duka, sepasang suami isteri di Kampung Chenulang, Kuala Krai yang terpaksa tidur bertemankan payung tatkala hujan mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Kisah hidup sepasang warga emas ini telah sampai ke pengetahuan pihak MAIK. Dengan segera Al-Fadhil Ustaz Armin Azahari bin Mamat selaku Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai bersama kakitangan masjid menyantuni mereka.

Pihak MAIK telah menyampaikan sumbangan bantuan segera berbentuk wang tunai RM1,000 dan bekalan makanan kepada keluarga Kak Maznah. Semoga bantuan zakat yang diberikan ini dapat menampung keperluan mereka sekeluarga.

Pihak MAIK juga akan menyediakan bantuan-bantaun bersesuaian kepada mereka bagi meringankan bebanan keluarga ini.

Ceritanya, Maznah Mat Hussin, 64, bersama suaminya, Mohamed Yaacob Abas, 70 terpaksa tinggal di rumah usang, lubang di lantai pun ditutup dengan tikar dan karpet nipis supaya tidak dimasuki haiwan berbisa.

Ibu enam anak itu sebelum ini pernah membuat kuih dan diletakkan di kedai untuk menampung perbelanjaan keluarga dek kerana suaminya kini hanya mampu mengesot akibat saraf.

Namun sejak kebelakangan ini dia tidak lagi berbuat begitu kerana motosikal terlibat dengan kemalangan. Nak mengharapkan anak-anak mereka juga bekerja sendiri untuk tanggung kehidupan masing-masing. Mereka sedikit lega kerana mendapat bantuan JKM, RM500 sebulan.

Terima kasih pembayar zakat MAIK. Anda Hero Asnaf.


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2888
Kelmarin3036
Minggu Ini24847
Bulan Ini74923
Jumlah Pengunjung31530245

A- A A+