faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN WAKAF ZURRI MAIK

Pengurusan Wakaf di Negeri Kelantan dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa cakna dengan perkembangan pengurusan dan produk wakaf melalui pelbagai platform yang sesuai.

Pada 24 September 2023, MAIK telah mengadakan sesi perbincangan dan Bengkel Kajian Pengurusan Wakaf Zurri MAIK bersama pihak penyelidik Universiti Malaya (UM) di Rumah Sri Kelantan, Putrajaya.

Ia diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa Wakaf MAIK dan Pembantu Penyelidik Puan Sakinah Binti Abdul Samad.

Turut hadir dalam bengkel ini adalah Al-Fadhil Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Hussin, Ahli Jawatankuasa Wakaf MAIK, Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Hafiz Hafifi Bin Mohd Arif, Pegawai Penyelidik MAIK dan kakitangan Unit Wakaf MAIK.

Semoga melalui penyelidikan ini akan mengembangkan lagi produk wakaf pada masa akan datang.

#MAIK2023

#WakafMAIK

 

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini100
Kelmarin3163
Minggu Ini14459
Bulan Ini87521
Jumlah Pengunjung30910693

A- A A+