KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH
Unit Pengurusan Sumber Manusia Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah di H-Elite Design Hotel, Kota Bharu pada 16 Disember 2023 yang disertai 23 pemandu MAIK.
Dalam kursus selama satu hari ini, para peserta telah mendapat pendedahan berguna bersama Yang Berusaha Dr. Haji Mohamed Zain bin Haji Mahmood dan Tuan Leftenan Kolonel Haji Wan Azmi daripada Moza Consultan.
Objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah bagi menerapkan budaya dan ciri-ciri seorang pemandu yang berdisiplin, beretika dan berhemah serta dapat menyelenggara dokumen termasuk rekod buku log kenderaan dengan baik.
Kursus ini turut memberi pendedahan kepada pemandu-pemandu MAIK kaedah menangani situasi sebenar semasa membawa penumpang secara prosesional.
Di samping itu, ciri-ciri sense of belongings dan kepimpinan turut diberikan penekanan dalam diri setiap pemandu daripada aspek penjagaan keselamatan diri, penumpang serta harta.
Turut ditekankan, memandu di jalan raya lebih daripada sekadar tahu mengendalikan mekanisma kenderaan, ia juga memerlukan pengetahuan berhubung pematuhan peraturan jalan raya dan perkongsian yang cekap dan selamat dengan pengguna lain.
Semoga kursus ini dapat melahirkan pemandu yang cekap dan berhemah dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab.