faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT PENYUCIAN HARTA “ZAKAT, WAKAF, MAIK DAN MASYARAKAT”

Taklimat Penyucian Harta “Zakat, Wakaf, MAIK dan Masyarakat” oleh AF Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kolej Vokasional Bachok pada 6 September 2023.

Pada sesi taklimat itu juga, Puan Rokiah binti Saat selaku Pengarah Kolej turut menyerahkan Replika Borang Potongan Gaji Warga Kolej untuk Zakat dan Wakaf Tunai MAIK.

Kolej ini adalah institusi pendidikan pertama yang mengambil inisiatif program seumpama ini, mengambil momentum daripada Program Bulan Wakaf MAIK 2023.

Terima kasih dan tahniah buat warga Kolej Vokasional Bachok.

Jom sama-sama berwakaf. Pewakaf Tunai MAIK juga mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Subseksyen 44 (11d) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

#MAIK2023

#wakafmaik

#BulanWakafMAIK2023

flickr

www.flickr.com

Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2581
Kelmarin3729
Minggu Ini13777
Bulan Ini86839
Jumlah Pengunjung30910011

A- A A+