KAMI BANTU RINGANKAN BEBAN PAKCIK SULAIMAN
Selepas menyantuni keluarga Abang Azmi, pihak kami ke lokasi kedua bagi menziarahi keluarga pakcik Sulaiman di Kampung Pasir Pekan Tengah.
Pakcik Sulaiman,74, yang menghidap masalah selera makan dan perlu bergantung dengan ubat itu juga turut menjaga isteri berusia 70 tahun juga penghidap kencing manis, darah tinggi, buah pinggang tahap 5 serta masalah kolesterol.
Dari segi kewangan, anak-anak dan bekas menantu turut membantu pakcik Sulaiman. Bolehlah menampung kos harian.
Bagi membantu meringankan beban, pada hari ini Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Baharuddin bin Abdullah, Imam Tua Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan telah menyantuninya.
Kami sampaikan sumbangan makanan dan wang tunai. Semoga sumbangan ini dapat melegakan pakcik Sulaiman sekeluarga.