REDAH BANJIR UNTUK HULUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA BANJIR DI JAJAHAN TUMPAT
Selepas Ketereh dan Pasir Mas, MAIK meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Jajahan Tumpat.Sumbangan seperti selimut, tuala, tong sampah, ubat gigi dan barangan kegunaan harian lain diserahkan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK kepada Yang Berusaha Encik Feisal bin Haji Abdullah, Setiausaha Majlis Daerah Tumpat.
MAIK salurkan bantuan tersebut di Majlis Daerah Tumpat untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di sana dengan kadar segera.
Hadir sama, Yang Berusaha Encik Mohd Fariz bin Mat Rahim, Penolong Ketua Jajahan Tumpat.