Frequently Asked Questions - > RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Darul Aitam di talian 09-7715772.
Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui Portal Rasmi MAIK dan pemakluman daripada imam masjid bandar / kepala jajahan / mukim Negeri Kelantan / melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Darul Aitam, Panji untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat.
Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama secara percuma, pakaian sekolah, hari raya, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen dan lain-lain yang menjadi keperluan.
Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu dengan memaklumkan kepada penyelia asrama terlebih dahulu.
Calon / penghuni adalah hendaklah di kalangan yatim (kematian bapa) ataupun piatu (kematian ibu dan bapa) yang asnaf.
Had umur pemohon hendaklah 10-13 tahun dan terhad kepada 2 beradik sahaja pada setiap permohonan.
Ya, setiap penghuni akan diberi simpanan dalam bentuk SSPN PTPTN untuk kegunaan mereka di masa hadapan.