faq lokasi aduan peta


SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan puasa mengikut sangkaan (kecenderungan) yang paling kuat dan ihtiyat (lebih berhati-hati).

Contoh : Seseorang tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tetapi dia hampir pasti tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang lebih diyakininya dan lebih berhati-hati.

Begitulah juga halnya dengan kiraan bilangan tahun yang telah dilangkau, jumlah tahun adalah berdasarkan bilangan yang lebih diyakini.

Pihak pewaris perlu membuat anggaran hari, kemungkinan seminggu atau lebih atau keseluruhan bulan puasa.

Pertama sekali, kira semasa arwah mula sakit berat dan tidak mampu berpuasa penuh. Kiraan untuk orang uzur adalah tidak berganda.

Contoh:

Bilangan Hari    Bilangan Tahun Sakit  X RM 1.75 (kadar fidyah)

Sekiranya arwah jenis yang berpuasa penuh dan amanah dalam menjalankan ibadat puasa selama hidupnya, tidak perlu dikira fidyah sejak baligh. Sekiranya ingin membuat kiraan juga, pewaris hanya perlu membuat anggaran hari dan anggaran tahun didarab dengan kadar fidyah (RM 1.75).

MAIK sudah menyediakan beberapa kemudahan untuk anda membuat kiraan dan bayaran fidyah;

  • Boleh datang ke Kaunter di Ibu Pejabat MAIK, Kota Bharu.
  • Boleh bayar secara online (Sistem e-Fidyah) di Portal MAIK, aplikasi MyMAIK Apps atau aplikasi MyPay.
  • Boleh buat pindahan wang ke Akaun Baitulmal MAIK (BIMB : 03018010165559) dan emelkan maklumat pembayaran kepada Unit Baitulmal: baitulmal@e-maik.my

Antara sumber-sumber Baitulmal :

  • Sumbangan Kerajaan
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma / faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang ditemui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal
  • Wang / harta tidak patuh syariah

Pemohon yang berminat untuk menyewa premis Baitulmal MAIK perlu mengisi Borang Permohonan Sewaan Premis. Borang ini boleh didapati di kaunter Baitulmal MAIK atau muat turun borang melalui Portal Rasmi MAIK 

Luqatah adalah barang yang ditemui, disesuatu tempat yang bukan milik seseorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan sesuatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya. contohnya emas, jam, dan lain-lain

Harta Alih adalah seperti kenderaan, saham, wang simpanan dan barang kemas manakala harta tidak alih adalah seperti tanah dan rumah

Harta Pusaka terhak Baitulmal adalah harta pusaka yang jatuh hak kepada Baitulmal sekiranya harta pusaka tersebut tiada pewaris atau terdapat baki harta apabila diberikan kepada waris-waris yang berhak.

Pelapor boleh hadir ke Pejabat MAIK-Aras 1 Bahagian Baitulmal atau emelkan maklumat berkaitan harta pusaka tersebut ke baitulmal@e-maik.my atau menghubungi talian kami 09-748 1512

Bagi permohonan penebusan Harta Pusaka terhak Baitulmal, sila pastikan;

  1. Pemohon adalah waris kepada si mati atau pentadbir yang telah dilantik oleh Mahkamah atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
  2. Kategori waris adalah mengikut keutamaan seperti berikut:
    • Waris Ashabul Furud(isteri, suami, ibu, bapa, anak kandung, saudara seibu, saudara seibu sebapa atau saudara sebapa).
    • Waris Dhawil al-Arham(Cth : anak lelaki kepada saudara seibu sebapa perempuan).
    • Waris melalui sebab perkahwinan.
    • Pekongsi pemilikan tanah (tiada hubungan kekeluargaan dengan si mati)
    • Mana-mana individu yang mempunyai kepentingan seperti kes jual beli sebelum kematian.
  3. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
  4. Pemohon mestilah mempunyai latar belakang kewangan yang memuaskan.
  5. Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang lengkap dan sah kepada MAIK semasa mengemukakan permohonan.
  6. Pemohon hendaklah mendapatkan akuan persetujuan daripada waris-waris si mati untuk menebus hartanah milik Baitulmal kecuali sekiranya pemohon adalah Pentadbir.
  7. Pemohon perlulah akur dan bersetuju dengan nilaian yang akan ditetapkan oleh MAIK atau mana-mana nilaian yang diiktiraf oleh MAIK.
  8. Pemohon perlulah bertanggungjawab menguruskan sendiri segala proses teknikal seperti pindahmilik, consentdan sebagainya di agensi berkaitan dengan harta yang ditebus, setelah selesai pembayaran di MAIK.

Unit Dakwah Bahagian Agama MAIK yang bertanggungjawab dalam mengurus permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK

Mereka yang berminat untuk mendapatkan Tauliah Mengajar Agama MAIK perlu mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK dan dokumen lampirannya, kemudian menghantar borang tersebut ke kaunter di Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK. Borang boleh didapati di kaunter atau melalui pautan berikut:  https://www.e-maik.my/v2/muat-turun-awam/borang-borang-umum/tauliah-mengajar

Mana-mana individu sama ada warganegara atau bukan warganegara yang ingin menyampaikan pengajaran agama Islam di negeri Kelantan perlu memohon untuk mendapatkan tauliah tersebut. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau lain-lain kelulusan yang setara dengannya. Pemohon yang mendapat pendidikan tidak formal dari mana-mana institusi agama seperti madrasah atau pondok pengajian juga boleh memohon dengan syarat mendapat pendidikan di institusi tersebut tidak kurang daripada tujuh (7) tahun.

  1. Gambar berukuran passport
  2. Salinan kad pengenalan/passport yang telah disahkan
  3. Salinan sijil pengajian tertinggi yang telah disahkan
  1. Pemohon melengkapkan borang dan lampiran kemudian menghantar ke kaunter di Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK.
  2. Borang dan dokumen permohonan akan disemak:
    • Sekiranya borang yang dihantar lengkap, pemohon akan dimasukkan dalam senarai menunggu untuk panggilan temuduga
    • Sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap, pemohon akan dihubungi semula oleh pihak urus setia. (Peringatan: Sila pastikan nombor telefon bimbit [HP] ditulis di dalam borang untuk memudahkan sebarang makluman).
  3. Surat panggilan temuduga akan dikeluarkan kepada senarai pemohon yang menunggu mengikut giliran.
  4. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada calon yang hadir temuduga.
  5. Pemohon yang lulus temuduga boleh mendapatkan sijil dan kad tauliah di kaunter Tingkat 2, Bahagian Agama MAIK

Pemohon boleh memilih kategori sama ada Tauliah Peringkat Halaqah/Fardhu Ain (mengajar agama di seluruh negeri Kelantan) atau Peringkat Sekolah (mengajar agama di sekolah swasta/negeri yang berdaftar sahaja) sebagaimana berikut;

    • Halaqah/Fardhu Ain - Pemohon hendaklah mengisi di ruangan A di dalam Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK
    • Sekolah - Pemohon hendaklah mengisi di ruangan B di dalam Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama MAIK

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini115
Kelmarin3726
Minggu Ini3841
Bulan Ini76903
Jumlah Pengunjung30900075