Frequently Asked Questions - All FAQs
Tidak dikenakan zakat ke atas harta-harta tersebut tetapi dikenakan zakat ke atas pendapatan yang diperolehi daripada hasil sewaan yang disimpan mengikut syarat-syarat
Ya, wajib membayar zakat jika simpanan tersebut melebihi nisab dan melepasi haul setahun
Tidak sah, kerana orang yang ingin menunaikan umrah / haji tidak termasuk asnaf yang layak menerima zakat
Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah.
Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi anda termasuk menyemak status keahlian, maklumat status transaksi akaun anda, tempahan bahan, rekod pinjaman serta buku-buku terkini. Sila layari laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/) untuk menyemak akaun anda.
Pengguna boleh melayari laman katalog atas talian di pautan (http://perpustakaan.e-maik.my/)
Seorang ahli boleh meminjam lima (5) naskhah bahan perpustakaan sahaja selama tempoh dua (2) minggu.
Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan hanya satu (1) kali sahaja bagi tempoh pinjaman satu (1) minggu. Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/)
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Keahlian Perpustakaan
- Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan
- Perkhidmatan rujukan
- Kemudahan fotokopi
- Kemudahan komputer
- Kemudahan Wi-Fi
- Ruang Bacaan
- Surau
Perkhidmatan WiFi adalah percuma untuk semua pengguna perpustakaan. Pengguna perlu memohon password daripada kaunter untuk mengaksesnya.
Penerbitan buku MAIK telah bermula sejak tahun 1917 dengan judul pertamanya “Kitab Jalan Sejahtera”. Sehingga kini (2023), terdapat 137 judul buku yang telah diterbitkan oleh MAIK. Namun, jumlah judul buku baru akan sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa.
Terdapat tiga (3) kategori terbitan MAIK, iaitu:
- Penerbitan Buku Umum
- Penerbitan Buku Percuma
- Penerbitan Majalah Pengasuh
Tempahan boleh dibuat melalui:
- Pembelian di kaunter buku Unit Penerbitan, Perpustakaan MAIK.
- Tempahan secara atas talian melalui whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki)
- Mengisi borang langganan Majalah Pengasuh
Langganan majalah Pengasuh boleh dibuat dengan mengisi borang langganan majalah pengasuh yang boleh di MUAT TURUN di Portal Rasmi MAIK atau yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli. Langganan juga boleh dibuat menerusi whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki).
Proses pengeposan akan dibuat selepas 1-2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat, manakala penerimaan buku kebiasaannya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja.
Setiap pembelian akan mendapat potongan harga dari 10% - 60% tertakluk kepada judul dan jumlah buku yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK.
Untuk menerbitkan bahan penulisan buku/artikel, boleh hubungi Pegawai Penerbitan MAIK di talian: 09-7462349 atau menerusi Pejabat Penerbitan MAIK, Banggunan Perpustakaan MAIK, Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
-
1. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan penyelenggaraan masjid/surau/kubur?
Pemohon boleh memuat turun borang permohonan yang disediakan di dalam Portal Rasmi MAIK atau mengambil borang di Unit Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan, Aras 3 MAIK.
-
2. Apakah bentuk bantuan penyelenggaraan masjid/surau/kubur yang disediakan?
**Bantuan penyelenggaraan masjid/surau
- - Permaidani
- - Alat Siaraya
- - Sumbangan penyelenggaraan / pembaikian (contoh : bumbung bocor, baikpulih tandas, pembaikian tempat wuduk dan lain-lain)
**Bantuan penyelenggaraan tanah perkuburan Islam
- - membina pagar tanah perkuburan Islam
- - Menambun tanah perkuburan Islam
-
3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon kebenaran bagi mengubah suai/membina baru/meroboh masjid mukim?
Dokumen yang diperlukan adalah:
- - Tanah tersebut hendaklah berstatus tanah wakaf MAIK (salinan pengesahan tanah wakaf/ pelan)
- - Surat permohonan daripada AJK masjid mukim
- - Minit mesyuarat masjid mukim yang menyatakan persetujuan AJK masjid dan sumber kewangan (Derma / Dana Korporat)
- - Pelan lakaran oleh arkitek yang bertauliah bersize A3 (pelan yang ditandatangani dan dicop oleh Imam Tua / Pengerusi Masjid dan arkitek yang bertauliah)
- - Penyata akaun masjid terkini
-
1. Adakah keempat-empat penama perlu diambil pengesahan jika atas geran tanah ada 4 penama?
Bagi Bantuan Rumah Asnaf:-
- - Pemohon ada tanah sendiri boleh diproses permohonan.
- - Bagi geran tanah yang mempunyai ramai penama perlu ada akuan sumpah kesemua penama.
- - Jika tiada penama atau penama datuk nenek tidak layak untuk diproses dan perlu membuat tuntutan pusaka terlebih dahulu.
-
2. Bagaimanakah pemohon yang tiada tanah ingin memohon bantuan rumah, apa penyelesaian lain yang dapat membantu pemohon untuk memenuhi syarat ditetapkan?
Pemohon boleh menggunakan geran tanah ibubapa sahaja.
-
3. Jika permohonan diluluskan untuk kali pertama, adakah pemohon boleh memohon untuk kali kedua. Apakah jarak masa atau tempoh yang dikhususkan untuk kali kedua?
Pemohon hanya diberi 1 kali sahaja untuk memohon bantuan tersebut.
-
4. Bagaimana Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?
Pemohon hanya boleh memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK melalui Sistem E- Agihan di Masjid-Masjid Bandar yang terpilih dan berdekatan dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa sekali dokumen-dokumen yang lengkap yang diperlukan untuk pengisian borang online oleh kerani masjid tersebut. Masjid- Masjid yang terlibat adalah seperti berikut :
- - Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Kelantan
- - Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
- - Masjid Bandar As-Salam , Pengkalan Chepa, Kelantan
- - Masjid Bandar Sultan Muhammad II , Telipot, Kelantan
- - Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan
- - Masjid DiRaja Long Yunus ,Langgar, Kota Bharu, Kelantan
- - Masjid Al-Sultan Ismail Petra ,Kubang Kerian, Kelantan
- - Masjid Bandar Sultan Muhammad III ,Pasir Mas, Kelantan
- - Masjid Ismaili ,Tumpat, Kelantan
- - Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan
- - Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Kelantan
- - Masjid Bandar Ibrahimi ,Pasir Puteh, Kelantan
- - Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan
- - Masjid Sultan Muhammad I ,Jeli, Kelantan.
-
5. Apa keperluan dokumen yang diperlukan Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?
- - Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- - Salinan Kad Pengenalan Pasangan (jika cerai, selitkan sijil cerai, jika mati, selitkan sijil mati)
- - Salinan Kad Pengenalan anak-anak (masih dalam tanggungan & tidak dalam tanggungan)
- - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pemohon
- - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pasangan
- - Salinan Geran Tapak Tanah Rumah yang Nak Dibina

