LAWATAN MAIK KE KOLEJ YAYASAN UEM, LEMBAH BERINGIN
17 Februari 2020 – YABrs. Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Haji Zulkifle Bin Ab Rahman telah mengadakan lawatan ke Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin (KYUEM).
Lawatan bertujuan membincangkan perkara berkaitan penajaan pelajar, pertemuan secara dua hala dengan para pelajar tajaan MAIK dan diperkenalkan fasiliti yang terdapat di kolej tersebut.
Sesi pertemuan adalah melibatkan 8 orang pelajar tajaan MAIK yang sedang menyambung pengajian di peringkat A-Level bersama dengan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YABrs. Tn Hj. Ibrahim Apandi selaku Penasihat Program Pendidikan MAIK. Lima (5) orang dari pelajar tersebut dijangka akan menamatkan pengajian di peringkat A-Level pada pertengahan tahun ini.
Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti. Abdul Ghafar